RAKAN MUZIK : PERTANDINGAN DIKIR BARAT CHALLENGE SRM ZON PANTAI TIMUR
TEMERLOH, 22 Februari - Pertandingan Dikir Barat Challenge SRM Pantai Timur telah diadakan pada 21-22 Februari 2025 di Dewan Serbaguna, IKTBN Temetloh Pahang. Seramai 4 Kumpulan Dikir Barat yang bertanding terdiri daripada IKTBN Temerloh, IKBN Pekan, IKTBN Bachok, IKBN Wakaf Tapai
Pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat2 baharu ahli Sekretariat Rakan Muda khusus serta memberi pendedahan kepada semua pelajar yg beminat dan ingin mengetahui tentang kebudayaan seni muzik tradisional iaitu dikir barat. Program ini telah bermula pada 21 Feb 2025 dengan persembahan Wayang kulit dari Seni Warisan Machang, Kelantan.