ADUAN/MAKLUM BALAS| FAQ| PETA LAMANΒ 

Image

LATAR BELAKANG IKBN JITRA

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra merupakan  sebuah Institusi Latihan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). 

  • Terletak di Kilometer 23, Jalan Changloon, Jitra, Kedah Darul Aman. 

  • Dibangunkan di atas tanah seluas 52 ekar.

  • Boleh melalui jalan lama Changloon atau Lebuhraya Utara-Selatan. 

  • Beroperasi sepenuhnya mulai Januari 1991.

  • Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 10 Oktober 1991

  • Naik taraf terkini siap dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan pembinaan bangunan baharu bagi Pejabat Pentadbiran, HEP dan Jabatan-Jabatan Teknologi termasuklah perolehan peralatan-peralatan dan bahan latihan.

Image

KURSUS JANGKA PANJANG

Kursus Jangka Panjang ditawarkan menggunakan persijilan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di IKBN Jitra

KURSUS JANGKA PENDEK

IKBN Jitra juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan pada hujung-minggu atau pada hari bekerja bergantung kepada permintaan. Kursus-kursus yang dijalankan termasuklah kursus di bawah program Train of Trainer (ToT), Skill For Life, My Star@U, Kursus Modular dan sebagainya

KURSUS JANGKA CUSTOMISED

Kursus Custermised dijalankan dengan permintaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri. Kandungan kursus diolah seperti kehendak pihak industri. Kursus yang dijalankan termasuklah kursus di bawah program Bootcamp, SLDN dan sebagainya

PROGRAM PENGAJIAN

PENGAJIAN SEPENUH MASA

  • Pengambilan Sesi Januari dan Julai

  • Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 

  • Persijilan Perakuan Kekompetenan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

  • Yuran Pengajian percuma

  • Penginapan percuma

  • Makan minum disediakan

  • Elaun bulanan disediakan

KONSEP LATIHAN

  • Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional

  • Keusahawanan dan Kepimpinan

  • Kerohanian, Jati Diri dan Bina Insan

  • Sukan dan Rekreasi

PROGRAM PENTAULIAHAN

  • Motosikal - Perkhidmatan Diagnosis  G454-001-3:2018

  • Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan G452-002-2:2018

  • Pendawaian Elektrik Satu Fasa

  • Pendawaian Elektrik Tiga Fasa

  • Pentadbiran Fesyen dan Pakaian  TA-011-4:2013

  • Pembuatan Pakaian Wanita TA-011-3:2012

  • Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam  MC-024-3:2012

  • Operasi Pemesinan  MC-050-3:2017

  • Pelukisan Pelan Mekanikal  MC-080-3:2013

JABATAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF
JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL
JABATAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN

JURUSAN PENYENGGARAAN MOTOSIKAL

Sijil Teknologi Automotif - Penyelenggaraan Motosikal (SAM23)

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga (3) G454-001-3:2018 Motosikal: Servis Diagnostik

Terbuka kepada Lepasan Pelajar yang memunyai Sijil Kemahiran Malaysia bidang Motosikal Tahap Dua (2)

Pengajian selama dua (2) semester dan tiga (3) bulan latihan industri.

KEMBALI

MODUL PEMBELAJARAN

  • MOTORCYCLE DIAGNOSE SUPERVISION

  • MOTORCYCLE ELECTRONIC FUEL INJECTION (EFI) RECTIFICATION

  • MOTORCYCLE ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS) RECTIFICATION

  • MOTORCYCLE SYSTEMS TROUBLESHOOTING

  • MOTORCYCLE ELECTRONIC SYSTEM DIAGNOSTIC

  • ELECTRIC MOTORCYCLE (EM) SERVICE

KEMBALI
Alt Text

KENYATAAN TAWARAN: MEMBEKAL BAHAN GUNA HABIS JABATAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN IKBN JITRA

KEMBALI
Alt Text

LAWATAN PENANDA ARAS BAGI PROGRAM SIJIL KHAS PENYENGGARAAN MEKANIKAL (KMK) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)

IKBN Jitra menerima lawatan dari pegawai-pegawai akademik dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi lawatan penanda aras bagi Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK). Sesi taklimat dan perbincangan dipengerusikan oleh En Razi bin Samsudin, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan serta dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, Ketua Cawangan dan Ketua-ketua Bahagian. Deligasi dibawa melawat ke Pusat Inklusiviti Belia Autisme & Berkeperluan Khas IKBN Jitra, Jabatan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Motorsikal dan Kereta) dan Jabatan Teknologi Mekanikal (Pemesinan dan Kimpalan). Pihak IKBN Jitra berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kerana sudi hadir ke IKBN Jitra.

SELANJUTNYA
Alt Text

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐒𝐨𝐧𝐚π₯𝐒𝐬𝐦𝐞 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐁𝐞π₯𝐒𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐒𝐧𝐠𝐀𝐚𝐭 𝐈𝐊𝐁𝐍 π‰π’π­π«πš πŸπŸŽπŸπŸ“

Jitra, 20 Februari 2025 – Program Profesionalisme Kerja Belia yang dianjurkan hari ini berjaya menarik penyertaan lebih 160 belia dari pelbagai jurusan bagi meningkatkan kemahiran dan daya saing mereka di pasaran kerja. Program ini dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Port Dickson (APBMPD) bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKBN Jitra.

Menurut penganjur, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar IKBN Jitra tentang pensijilan SKM Tahap 3 di bawah bidang Profesionalisme Kerja Belia melalui kaedah 'pengiktirafan pengalaman terdahulu' serta menggalakan pelajar untuk terlibat di dalam kerja belia.

Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan lebih ramai belia mendapat manfaat serta mampu membina masa depan yang lebih cerah dalam dunia kerja belia.

SELANJUTNYA

HUBUNGI KAMI

Aras 3,Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,

No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570, Putrajaya, MalaysiaΒ 

Please publish modules in offcanvas position.