IKTBN CHEMBONG, sebuah institusi TVET terkemuka di bawah Kementerian Belia dan Sukan, terletak di kawasan yang tenang di Daerah Rembau, di selatan Negeri Sembilan. Diperkaya dengan tradisi Adat Perpatih dan Undang Luak Rembau, IKTBN CHEMBONG turut menjadi mercu tanda pendidikan vokasional, yang memupuk pembangunan kemahiran serta memperkasa belia demi masa depan yang lebih cerah.
IKTBN Chembong telah diberi pengiktirafan oleh Pengarah Pembangunan Belia sebagai Pusat Kecemerlangan Teknologi Automotif pada tahun 2023. Jabatan Teknologi Automotif terdiri daripada 5 bahagian iaitu Penyelenggaraan Kereta, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Penyelenggaraan Jentera Berat, Mengecat Kereta & Ketuk Panel, serta Eksekutif Selepas Jualan (DKM). IKTBN Chembong mempunyai kemudahan makmal automotif seluas kira-kira 32,000 kaki persegi, selain daripada 5 buah kereta sumbangan serta kelengkapan peralatan yang mencukupi. Para pelajarnya juga sentiasa menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia Malaysia (World Skills Competition) yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan bersaing dengan institusi TVET lain dari seluruh negara.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No.telefon: 06-6857900
No.faks: 06-6857989
Emel: