JITRA, 11–13 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih 7 pingat menerusi penyertaan dalam International Innovation & Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2026, yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Pada pertandingan kali ini, IKTBN Sepang telah mengulangi 7 penyertaan Projek Inovasi sepertimana tahun sebelumnya dengan melibatkan 21 orang pelajar dan 13 orang pengajar pengiring dari semua Jabatan.
Berbekalkan pencapaian 1 Emas, 5 Perak dan 1 Gangsa pada iCompEx 2025, pasukan inovasi IKTBN Sepang membuktikan peningkatan prestasi yang cukup membanggakan pada tahun ini apabila berjaya meraih 4 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Pencapaian tersebut bukan sekadar angka, malah menjadi bukti kesungguhan warga IKTBN Sepang dalam memperkasa budaya inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah, di samping mencungkil potensi pelajar untuk menghasilkan idea yang bernilai dan berimpak.
IKTBN Sepang sentiasa terus melangkah, terus berinovasi bagi memberikan inspirasi pada masa hadapan.
Keputusan iCompEx 2026
1. Hydraulic Puller Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan (JMP) GOLD – Top 5 Calon Podium
2. Framing Nailer Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan (JMT) GOLD
3. Vigilant Jabatan Teknologi Elektronik (JTE) GOLD
4. Pyrofuel Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer GOLD
5. NFC Athlete Attendance Tracker Jabatan Teknologi Elektronik (JTE) SILVER
6. Shuttle Collector Machine Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) BRONZE
7. Current Transformer Polarity Test Jabatan Elektrik Kuasa (JEK) BRONZE
