Image
    Image

    PENGENALAN

    Projek Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ini merupakan salah sebuah Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    Institut ini dilahirkan dari ilham Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai langkah bagi mempertingkatkan kemahiran dalam bidang kerja logam di kalangan belia dan beliawanis seterusnya dapat menampung kekurangan tenaga kerja mahir bagi industri pembuatan di Malaysia.

    Projek yang berharga RM31.87 juta diusahakan melalui perdagangan timbal balas (counter trade) di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Belia dan Sukan dan India melalui syarikat Hindustan Machine Tool Pte (Indian Goverment Undertaking) HMT (I).

    IKTBN didirikan di atas tapak seluas 9 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi dalam daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.

    Keperluan penubuhan IKTBN Sepang sebelum itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kemahiran Tinggi Sepang (PLKTS), telah mula dibincangkan pada awal tahun 1987.

    Satu keputusan telah diambil oleh pihak Kerajaan agar penubuhan Institut tersebut dilaksanakan di bawah peranan Kementerian Belia dan Sukan. Penubuhan IKTBN adalah bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah bagi membekalkan tenaga mahir untuk menampung sektor perindustrian negara.

    Pada 10 Mac 1988, Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat HMT (I) dari India. Melalui perjanjian yang telah ditandatangani, syarikat HMT(I) berperanan sebagai kontraktor utama dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek ini secara pakej di mana ia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja binaan, pembekalan mesin dan peralatan latihan serta perkhidmatan yang berkaitan.

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.