PERUTUSAN PENGARAH

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

    Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang terus melangkah maju sebagai sebuah institusi latihan kemahiran terunggul di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    Sejak penubuhannya, IKTBN Sepang komited dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berkualiti dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan industri serta pembangunan negara.

    Laman web rasmi IKTBN Sepang ini dibangunkan sebagai salah satu medium komunikasi utama untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan program latihan, kursus yang ditawarkan, aktiviti pelajar, pencapaian institut, serta pelbagai peluang yang tersedia kepada pelajar dan masyarakat umum. Ia juga berperanan sebagai jambatan penghubung antara pihak pengurusan, pelajar, ibu bapa, masyarakat setempat serta rakan-rakan strategik industri yang sentiasa mendukung usaha kami dalam memperkasakan belia negara.

    Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat rujukan digital yang efektif, serta menyokong aspirasi kerajaan dalam memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai teras kepada pembangunan modal insan yang mampan. IKTBN Sepang akan terus memperkukuh usaha ke arah kecemerlangan dengan memastikan kualiti latihan dan penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

    “TVET Pilihan Kerjaya Masa Hadapan”

    “BERILMU, BERKUALITI, BERDAYA SAING”

    Image

    Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IKTBN Sepang atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta kepada semua pihak berkepentingan yang terus memberi kepercayaan dan sokongan. Semoga laman web ini menjadi saluran informasi yang bermanfaat, mesra pengguna dan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

    Sekian, terima kasih.

    Hamizatul Azura binti Hamzah

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.