FUTURE YOUTH SKILLS IKTBN SEPANG 2026 - KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

    Sepang – Program Future Youth Skills (Y-Skills) IKTBN Sepang 2026 diteruskan dengan penganjuran Kursus Asas Pendawaian Elektrik, yang memberi peluang kepada golongan belia memanfaatkan hujung minggu mereka dengan aktiviti peningkatan kemahiran dalam bidang TVET.

    Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan asas berkaitan pendawaian dan penyelenggaraan elektrik yang bukan sahaja menambah kemahiran teknikal, malah boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Turut berlangsung sesi taklimat berkaitan bidang serta kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Sepang dan ILKBS, yang disampaikan oleh Penyelaras Program, Cik Izzah Izzati binti Mohamed Ramly dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Sepang.

    Program ini melibatkan penyertaan 20 orang belia tempatan dengan bimbingan 2 orang tenaga pengajar dari Jabatan Elektrik Kuasa IKTBN Sepang. Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi platform memperkasa belia dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan yang mampu membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan. #iktbnsepang

    #tvetilkbs
    #ilkbs
    #yskills

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.