IKTBN SEPANG DAN HARTALEGA METERAI MoU, PERKUKUH KERJASAMA TVET–INDUSTRI

    Sepang - IKTBN Sepang terus memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Hartalega NGC Sdn. Bhd. dan IKTBN Sepang yang telah berlangsung di NGC Boardroom, Phase 2.

    Kerjasama ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan institusi TVET–industri, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan graduan IKTBN Sepang untuk mendapatkan pendedahan, pengalaman serta pembangunan kompetensi yang selari dengan keperluan sebenar industri.

    Melalui MoU ini, kedua-dua pihak beriltizam untuk memperluas kerjasama dalam aspek penempatan latihan industri, peluang pekerjaan, khidmat nasihat kepakaran, penglibatan dalam program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sumbangan peralatan serta kepakaran industri, dan pembangunan kompetensi.

    Kerjasama strategik bersama Hartalega NGC Sdn. Bhd. ini diharapkan dapat terus memperkasa ekosistem TVET serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

    TVET & INDUSTRY: CONNECTING TALENT, BUILDING THE FUTURE

    #iktbnsepang
    #hartalega
    #mou
    #memorandumofunderstanding
    #tvet

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.