- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 7
IKTBN SEPANG RAIH PENGIKTIRAFAN EKSA DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KBS JUN 2026
PUTRAJAYA – IKTBN Sepang menerima pengiktirafan sempena Penyampaian Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah berlangsung dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Bulan Jun 2026 di Dewan Podium B, Menara KBS. Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh Puan Anisah binti Tinguan, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti mewakili IKTBN Sepang.
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada usaha berterusan warga institut dalam membudayakan amalan EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS. Dalam amanatnya, beliau menekankan peranan KBS sebagai pemacu pembangunan belia ke arah melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Pencapaian ini menjadi bukti komitmen dan dedikasi seluruh warga IKTBN Sepang dalam memperkasakan budaya kerja cemerlang serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#ilkbs
#amalaneksa
