IKTBN SEPANG RANGKUL SPECIAL AWARD (PLATINUM AWARD) KATEGORI TEKNOLOGI DI PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT ANTARABANGSA

    JAKARTA – Pasukan inovasi IKTBN Sepang yang mempertaruhkan Projek Magnetic Oil Sorbent sekali lagi mengharumkan nama institusi dan negara apabila berjaya merangkul Special Award (Platinum Award) Kategori Teknologi di 4th International Invention & Innovation Competition (I3C 2026) dan Innovation World Cup (IWC 2026) yang berlangsung di Universitas Negeri Jakarta, Jakarta, Indonesia dari 3 hingga 7 Jun 2026.

    Pencapaian membanggakan yang berjaya diraih oleh pasukan inovasi IKTBN Sepang adalah:
    🏆 Special Award (Platinum Award) – Kategori Teknologi
    🥇 Gold Award – International Invention & Innovation Competition (I3C 2026) 
    🥇Gold Award – Innovation World Cup (IWC 2026)

    Kejayaan ini menjadi lebih bermakna apabila pertandingan tersebut menghimpunkan 212 kumpulan inovasi dari pelbagai negara, sekali gus membuktikan kemampuan warga IKTBN Sepang menghasilkan inovasi yang berkualiti, berimpak tinggi dan berdaya saing di pentas antarabangsa.

    Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kreativiti, kepakaran teknikal serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam memperkasakan budaya inovasi selaras dengan aspirasi TVET negara. Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan inovasi IKTBN Sepang atas kejayaan yang membanggakan ini.

    Semoga kecemerlangan yang dicapai menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan serta mengangkat nama IKTBN Sepang dan Malaysia di persada dunia.

    #iktbnsepang
    #inovasi
    #innovation
    #platinumaward

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.