IKTBN SEPANG SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM DI SMK DESA CEMPAKA DAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang terus komited dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menyertai pameran pendidikan sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dua buah sekolah iaitu SMK Desa Cempaka dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

    Penyertaan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM mengenai laluan TVET sebagai pilihan kerjaya yang praktikal, sejajar dengan keperluan industri serta mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan berkemahiran tinggi. Sepanjang program berlangsung, IKTBN Sepang turut mempromosikan pengambilan pelajar baharu bagi sesi Julai 2026.

    Pelajar dan ibu bapa diberi penerangan berkaitan kursus yang ditawarkan, pensijilan kemahiran serta peluang kerjaya dalam pelbagai sektor industri. Permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat secara dalam talian melalui platform UP_TVET bermula 1 April 2026, sekali gus membuka peluang kepada lepasan SPM untuk merancang masa depan kerjaya yang lebih cemerlang dan mengorak langkah menjadi tenaga kerja mahir di Malaysia.

    #iktbnsepang
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETMalaysia
    #malaysiamadani

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.