JALINAN TVET–INDUSTRI DIPERKASA, IKTBN SEPANG METERAI MoU BERSAMA JINGXING HOLDINGS (M) SDN BHD

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang terus memperluas jaringan kerjasama strategik bersama pihak industri menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd. yang berlangsung di premis Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd.

    Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan operasi Jingxing, diikuti ucapan daripada wakil Jingxing Holdings (M) Sdn. Bhd, disusuli dengan ucapan Pengarah IKTBN Sepang sebelum sesi menandatangani MoU serta sesi bergambar.

    Kerjasama ini melibatkan bidang Mekanikal dan Elektrikal, sekali gus membuka ruang kepada pengukuhan hubungan institusi TVET dan industri, perkongsian kepakaran serta pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar yang selari dengan keperluan industri. Program turut disusuli dengan plant tour, yang memberi peluang kepada warga IKTBN Sepang melihat dengan lebih dekat operasi dan persekitaran kerja di Jingxing Holdings.

    Semoga kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berdaya saing, selain memperkukuh hubungan strategik antara IKTBN Sepang dan industri.

    #iktbnsepang
    #JingxingHoldings
    #mou
    #tvet

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.