- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 88
JEMPUTAN MAJLIS PELUNCURAN PENDAFTARAN SUKARELAWAN SEMPENA PENGANJURAN FORMULA 1 BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA
Sepang - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menerima jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk menyertai Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan sempena penganjuran Formula 1 Bahrain Grand Prix di Malaysia.
Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi membuka peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa serta memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan dan pengendalian acara sukan berskala besar.
Seramai 40 orang pelajar IKTBN Sepang telah terlibat dalam menghadiri Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan yang berlangsung di Driving Experience Centre (DEC), PETRONAS Sepang International Circuit. Penglibatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dalam suasana penganjuran acara sukan berprestij serta memahami peranan sukarelawan dalam memastikan kelancaran sesuatu acara.
Majlis telah berlangsung pada 2 September 2026 (Rabu), jam 4.00 petang bertempat di Driving Experience Centre (DEC), PETRONAS Sepang International Circuit. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Pelajar IKTBN Sepang turut diberikan pendedahan berkaitan peluang kesukarelawanan serta kepentingan penglibatan belia dalam menyokong penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
Secara keseluruhannya, penyertaan seramai 40 orang pelajar IKTBN Sepang dalam Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan sempena Penganjuran Formula 1 Bahrain Grand Prix di Malaysia telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang bermanfaat kepada para pelajar.
