KEJAYAAN PERINGKAT ANTARABANGSA - TAHNIAH & SYABAS, TS. DR. THINAKARAN NARAYANAN!

    NAMA MALAYSIA TERUS HARUM DI PERSADA ANTARABANGSA

    Colombo, Sri Lanka | 7–9 Oktober 2026 - Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Thinakaran Narayanan atas kejayaan membanggakan dalam CIRDAP–HARTI Asia Pacific Conference on Innovations in Rural Development & CIRDAP Knowledge Circuit yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka.

    Daripada 187 penyertaan dari 15 negara, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul Tempat Ke-4 dalam kelompok Top 5 bagi pertandingan inovasi yang dipertandingkan.

    Lebih membanggakan, beliau turut dipilih sebagai TOP PRESENTER selain menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut. 🇲🇾

    INOVASI YANG MEMBERI IMPAK 
    Tajuk Projek: “Innovation PyroFuel Rural: Turning Village Plastic Waste into Farm Fuel

    Lebih istimewa, projek beliau turut dijilidkan pada halaman pertama dalam buku CIRDAP – REEDS International Rural Development Innovation Challenge 2026, sebagai satu lagi pengiktirafan terhadap nilai dan potensi inovasi yang diketengahkan.

    🏅 PENGIKTIRAFAN YANG DIBAWA PULANG
    🏆 Top 5 – Kedudukan No. 4
    🎤 Top Presenter 🇲🇾
    1️⃣Satu-satunya wakil Malaysia yang dipilih sebagai Top Presenter
    📖 Projek diterbitkan pada halaman pertama buku CIRDAP–REEDS 2026
    📜 Sijil Penghargaan & cenderamata

    Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi Malaysia, khususnya dalam bidang pembangunan luar bandar dan kelestarian, mampu diketengahkan di pentas antarabangsa.

    Syabas dan tahniah Ts. Dr. Thinakaran Narayanan! Terus melakar kecemerlangan dan membawa nama Malaysia lebih jauh melalui inovasi yang memberi impak kepada masyarakat dan pembangunan luar bandar. 🇲🇾

    🌏 TERUS MAJU, MEMBAWA INOVASI UNTUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR.

    #iktbnsepang
    #kejayaanantarabangsa
    #inovasi

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.