KUNJUNGAN HORMAT SUKARELAWAN YADIM SEPANG (SAY SEPANG)

    SEPANG - telah berlangsung Program Kunjungan Hormat Sukarelawan YADIM Sepang (SAY SEPANG) ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang).

    Program ini merupakan satu inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara Sukarelawan YADIM Sepang dan institusi latihan kemahiran di daerah ini. Sukarelawan YADIM Sepang (SAY Sepang) merupakan sebuah entiti sukarelawan belia yang bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang aktif dalam pelbagai program dakwah, kemasyarakatan dan kesukarelawan di daerah Sepang.

    Objektif Kunjungan:
    ✅ Memperkenalkan barisan kepimpinan SAY Sepang yang baharu.
    ✅ Mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak.
    ✅ Membina jaringan kerjasama strategik dalam merancang program-program komuniti di daerah Sepang.

    Sepanjang sesi kunjungan, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai potensi kolaborasi dalam penganjuran program berbentuk pembangunan sahsiah, khidmat komuniti serta aktiviti kesukarelawan yang melibatkan belia setempat. Diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program berimpak tinggi demi manfaat masyarakat dan pembangunan belia di daerah Sepang.

    #iktbnsepang
    #SAYSepang
    #YADIM
    #RakanBeliaYadim
    #ilkbs

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.