KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL BAGI PELAJAR KHALIFAH MODEL SCHOOL SECONDARY (KMSS)

    Sepang - Kursus Asas Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal (Single Phase) telah selesai dilaksanakan untuk pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary (KMSS) yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai serta 6 hingga 8 Julai 2026 bertempat di Makmal Elektrik, Jabatan Elektrik Kuasa, IKTBN Sepang. Kursus ini merupakan kolaborasi antara IKTBN Sepang dan KMSS bagi memenuhi komponen pembelajaran KMSS iaitu Life-Long Learning Module (LLM) 2026 dalam bidang teknikal sempena Experiential Education Semester.

    Kursus yang dijalankan selama 6 hari ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal serta pendedahan awal terhadap standard keselamatan Suruhanjaya Tenaga (ST). Sepanjang program, para peserta telah didedahkan secara intensif dengan teori Akta Bekalan Elektrik, Peraturan-Peraturan Elektrik, pengenalan alatan, lukisan skematik, pendawaian pembuluh & sesalur (PVC Conduit), pemasangan litar lampu, soket litar gelang/jejari, pendawaian beban khas, sehinggalah ke kaedah pengujian (testing) dan sistem pembumian secara praktikal. Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 4 yang berumur 13 hingga 16 tahun telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Para pelajar diiringi oleh 3 orang guru KMSS.

    Penyampaian modul ini dibimbing sepenuhnya oleh barisan pengajar berpengalaman dari Jabatan Elektrik Kuasa iaitu En. Muhamad Fitri bin Abd Latif, En. Noor Hisyam bin Ismail, En. Zulkifli bin Mohd Asa’ari, dan En. Muhammad Aizat bin Tumiran serta dibantu oleh 2 orang pelajar DLC 02 Semester 6 PJE iaitu Saudara Muhammad Azmin Zuhairi Bin Zamani dan Saudara Amirul Hakimi Bin Mazlan. Semoga pelaksanaan kursus praktikal seperti ini dapat memberi impak tinggi, menyuntik minat dalam bidang TVET, serta melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dan berdikari demi masa depan.

    #IKTBNSepang
    #tvetilkbs
    #KMSS
    #PendawaianElektrik

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.