KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBN SEPANG TAHUN 2026

    Jerantut - Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sukarelawan MPP, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Syakirin IKTBN Sepang telah menyertai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) MPP IKTBN Sepang Tahun 2026.

    Kursus selama 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 September 2026 itu telah berlangsung di sekitar Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar (HEP). Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas pengurusan organisasi, kepimpinan yang efektif serta pemantapan jati diri sebagai pemimpin pelajar di institut.

    Kursus ini juga penting sebagai platform untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti, berintegriti dan berdaya saing seiring dengan aspirasi TVET MADANI. Antara pengisian kursus adalah ceramah berkaitan kepimpinan berkesan yang menekankan teknik komunikasi dan pengurusan emosi sebagai pemimpin.

    Manakala slot Pengurusan Organisasi pula memberi fokus kepada tatacara penulisan kertas kerja, laporan pelaksanaan program, penyediaan minit mesyuarat, pengurusan kewangan dan penyediaan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB). Bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan, pelbagai aktiviti luar turut dijalankan seperti Night Walk, Jungle Trekking at Canopy Walk, Rapid Shooting, Visit to Orang Asli Settlement, lawatan ke Santuari Kelah dan lawatan ke Lata Berkoh.

    Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Muhamad Pauzi Bin Paiman, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Sepang. Turut hadir bersama ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang, Pn. Haizatul Binti Sabidi dan Pengerusi Kelab Rakan Muda Kampung Giching, En. Adam Hazriel Bin Hanafiah. Penganjuran kursus ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang dan Kelab Rakan Muda Kampung Giching, Sepang.

    Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, barisan kepimpinan pelajar IKTBN Sepang akan lebih bersedia, berketrampilan dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

    #IKTBNSepang
    #TVETMADANI
    #officialMPPIKTBNSepang
    #SRMiktbnsepang
    #KPOIKTBNSP2026
    #RakanMudaIKTBNSepang

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.