KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBNS SEPANG 2025

    Tasik Kenyir, Terengganu berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi MPP IKTBN Sepang tahun 2025.Program ini melibatkan 17 orang pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Sepang bersama barisan pegawai. 

    Program menaiki Houseboat Impiana membawa pelajar menjelajah Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam. MPP melaksanakan pelbagai aktiviti dan juga slot ceramah bagi menambah ilmu kepimpinan mereka. Dimulai dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi mengukuhkan lagi tahap kerjasama dan setia kawan dikalangan MPP.

    Selain dari itu terdapat Slot Pengurusan Mesyuarat, Slot kepimpinan dan Perkongsian pengalaman dalam kepimpinan oleh En. Amirullah Bin Ahmad Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Solat berjemaah dan bacaan yassin, Slot Pengurusan acara mengajar MPP bagaimana membuat Kertas Kerja Program, Pelaporan Program, Sistem Failing dan juga pengurusan kewangan dan juga Team Building MPP di Sg. Lasir melibatkan penyelesaian task berkumpulan dan Water confident di tasik.

    Majlis penutup dan penyampaian Sijil kepada MPP telah disempurnakan oleh En. Amirullah Bin Ahmad Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Sepang.

    #iktbnsepang
    #iktbnsepang35tahun
    #tvetilkbs

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.