LAWATAN DAN MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK IKTBN SEPANG BERSAMA SYARIKAT HARTALEGA NGC

    Sepang - Mesyuarat Kerjasama Strategik bersama Syarikat Hartalega NGC Sdn Bhd telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Salak dengan fokus utama perbincangan mengenai potensi kerjasama melalui penyediaan tenaga kerja dan juga tawaran Latihan Industri kepada pelajar yang berkelayakan dan bersesuaian dengan operasi syarikat.

    Mesyuarat dihadiri oleh 10 orang wakil syarikat, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang bersama Ketua Jabatan dan Ketua Cawangan Hubungan Industri. Mesyuarat bermula dengan pengenalan kedua-dua pihak sebelum diteruskan dengan lawatan ke Bengkel Mekanikal Senggaraan, Bengkel Pemesinan CAD CAM serta Bengkel Elektronik.

    Moga pertemuan kali ini menjadi titik permulaan bagi kolaborasi industri yang memberi manfaat kepada IKTBN Sepang dari segi peratusan kebolehpasaran serta memberi impak kepada syarikat Hartalega melalui penyediaan tenaga mahir dan berkemahiran.

    #MalaysiaMadani
    #iktbnsepang
    #ProfesionalTerunggul
    #tvetilkbs

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.