- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 28
LAWATAN DAN PERBINCANGAN KOLABORASI PELAKSANAAN SKM BERSAMA SYARIKAT TNB INTEGRATED LEARNING SOLUTIONS SDN BHD (ILSAS)
SEPANG - IKTBN Sepang telah menerima lawatan daripada Syarikat TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd yang diwakili oleh Pn Samiha Jaafar, Ir. Ts. Pairolani dan 3 orang pegawai yang lain daripada Bahagian TVET.
Lawatan ini lebih tertumpu kepada perancangan kolaborasi pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 serta pelaksanaa Program ADI Perantisan. Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, Ts. Nurhayati binti Niaz Ahmad mempengerusikan sesi perbincangan ini dan berpeluang bersama-sama mengikuti lawatan ke bengkel Penjaga Jentera Elektrik selepas sesi perbincangan selesai.
Wakil dari TNB ILSAS dapat melihat sendiri suasana pembelajaran di IKTBN Sepang serta berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar. Semoga perancangan kolaborasi antara TNB ILSAS dengan IKTBN Sepang dapat dilaksanakan sebaiknya bagi merealisasikan hasrat pemerkasaan TVET di Malaysia.
#iktbnsepang
#TVET
#skillsforthefuture
#tvetilkbs
