LAWATAN DARI POLITEKNIK BANTING KE IKTBN SEPANG

    IKTBN Sepang telah menerima lawatan seramai 15 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Politeknik Banting Selangor bagi memenuhi keperluan PdP Kursus DJF42062 Manufacturing Workshop Practice 3 (Topik: Plastic Processing).

    Program yang berlangsung di Bengkel Plastik, Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer ini dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai IKTBN Sepang serta taklimat teknikal oleh Ketua Jabatan, En. Muhammad Shawwal bin Mohamad Rawi.

    Para pelajar turut dibawa melawat fasiliti dan diberi peluang melihat serta mencuba sendiri pengoperasian mesin pemprosesan polimer secara amali. Lawatan ini memberi pendedahan langsung kepada aplikasi teknologi pemprosesan plastik serta memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.

    Terima kasih atas kunjungan dan semoga jalinan kerjasama ini berterusan pada masa akan datang.

    #iktbnsepang
    #TvetILKBS
    #lawatansambilbelajar

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.