Sekinchan - Seramai 5 orang peserta Program Latihan Kemahiran Belia Autisme dan Belia Berkeperluan Khas (Program Cullyventure) IKTBN Sepang berpeluang menyertai Lawatan ILSC: Eksplorasi Warisan Kita anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS).
Program yang berlangsung di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam ini memberikan pengalaman bermakna kepada peserta melalui pelbagai aktiviti seperti:
🌾 Tumbuk padi
🎨 Mewarna batik
🪁 Membuat dan bermain layang-layang
🎣 Ragau ikan
Penglibatan ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta menikmati pengalaman baharu, malah turut membuka peluang untuk mereka mengenali warisan dan budaya tempatan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif.
Terima kasih YANIS atas sokongan dan tajaan dalam memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak Cullyventure.
#iktbnsepang
#cullyventure
#eksplorasiwarisan
#beliaberkeperluankhas
