Sepang - Delegasi IKTBN Sepang berpeluang mengadakan lawatan ke premis Hartalega NGC Sdn. Bhd. bagi meninjau fasiliti latihan dan operasi industri. Antara yang menarik perhatian ialah Akademi Latihan Hartalega serta simulated production line yang direka menyerupai suasana dan proses sebenar di production line.
Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung kepada delegasi mengenai pendekatan latihan berasaskan industri, pembangunan kompetensi serta keperluan sebenar dunia pekerjaan.
Pendedahan sebegini amat penting dalam usaha memperkukuh hubungan TVET–industri dan memastikan latihan yang disediakan sentiasa selari dengan keperluan industri.
#iktbnsepang
#hartalega
#tvetilkbs
#tvetindustri
#industrial
