LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH PROGRAM INDEPENDENT LIVING SUPPORT CENTRE (ILSC) OLEH YAYASAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR )YANIS)

    Sepang – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menerima lawatan daripada Yayasan Anak Istimewa Selangor (YANIS) bagi tujuan pemantauan pelatih Program Independent Living Support Centre (ILSC) yang kini sedang mengikuti pembelajaran asas pembuatan roti selama enam bulan menerusi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas Sesi 1/2026 (Cullyventure).

    Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan pelatih sepanjang mengikuti latihan serta mengukuhkan kerjasama antara IKTBN Sepang dan YANIS dalam melahirkan individu berkeperluan khas yang berkemahiran, berdikari dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Dalam sesi lawatan tersebut, seramai lapan (😎 orang pelatih yang menerima tajaan daripada YANIS turut menerima baju program sebagai simbol sokongan dan penghargaan terhadap komitmen mereka sepanjang mengikuti latihan.

    Semoga jalinan kerjasama strategik antara Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dan Yayasan Anak Istimewa Selangor (YANIS) akan terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai belia autisme dan individu berkeperluan khas yang berkemahiran, berdikari serta berdaya saing. Diharapkan program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang inklusif dan memberi peluang kepada para pelatih untuk meningkatkan potensi diri serta memperoleh peluang pekerjaan pada masa hadapan.

    #iktbnsepang
    #tvetilkbs
    #programinklusivitibelia

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.