- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 49
LAWATAN PENANDAARASAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) OLEH IKTBN TEMERLOH
Sepang - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang berbesar hati menerima kunjungan delegasi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh bagi Lawatan Penandaarasan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Salak, IKTBN Sepang.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman serta idea-idea inovatif dalam pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi di bawah ILKBS. Sesi perkongsian yang berlangsung dalam suasana interaktif ini turut membuka ruang perbincangan mengenai pelaksanaan projek inovasi, penyelesaian masalah secara kreatif, serta usaha membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.
Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam memperkukuh budaya inovasi serta melahirkan lebih banyak idea kreatif yang mampu meningkatkan kecemerlangan organisasi. Terima kasih kepada warga IKTBN Temerloh atas kunjungan yang bermakna. Semoga ukhuwah dan kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi terus diperkukuhkan demi memartabatkan TVET negara.
#IKTBNSepang
#iktbntemerloh
#KIK #inovasi
