LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI KE CPI (KL) SDN BHD – CAWANGAN MELAKA

    Melaka - Pelajar IKTBN Sepang dari Jabatan Mekanikal Polimer telah mengikuti Lawatan Pendedahan Industri ke CPI (KL) Sdn Bhd – Cawangan Melaka bagi menimba pengalaman secara langsung dalam persekitaran industri pembuatan.

    Sepanjang lawatan, para pelajar diberi taklimat mengenai syarikat, berpeluang melihat proses pengeluaran menggunakan teknologi injection moulding, amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) serta sistem kawalan kualiti yang diamalkan di kilang.

    Program ini menjadi platform untuk menghubungkan pembelajaran di institusi dengan amalan sebenar di industri, sekali gus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan persediaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak CPI (KL) Sdn Bhd – Cawangan Melaka atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga IKTBN Sepang.

    #iktbnsepang
    #TVETMalaysia
    #lawatanindustri
    #industryexposure

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.