LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI PELAJAR PENJAGA JENTERA ELEKTRIK IKTBN SEPANG

    Kuala Terengganu - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang telah menganjurkan lawatan akademik dan pendedahan industri ke Terengganu melibatkan 34 orang pelajar bidang Penjaga Jentera Elektrik (PJE).

    Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi kerjaya elektrikal serta teknologi hijau dalam sektor industri. Antara lokasi yang dilawati ialah Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE) dan Pusat Kawalan Operasi Kuala Terengganu Drawbridge.

    Sepanjang lawatan, pelajar didedahkan dengan teknologi tenaga boleh diperbaharui, sistem automasi industri, kawalan motor elektrik serta aplikasi sistem hidraulik-elektrik berskala besar.

    Program ini berjaya memberi pemahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai peranan dan cabaran sebenar seorang Penjaga Jentera Elektrik dalam industri.

    #iktbnsepang
    #tvetilkbs
    #tvet

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.