Sepang - IKTBN Sepang menerima kunjungan wakil Microsoft bagi memperhalusi potensi kerjasama dalam memperluaskan aplikasi Microsoft serta penerapan elemen pendigitalan dalam projek-projek inovasi di Jabatan Mekanikal Polimer.
Perbincangan yang berlangsung di AI Studio, Jabatan Mekanikal Polimer turut memberi tumpuan kepada penerapan elemen pendigitalan sebagai nilai tambah dalam pembangunan projek inovasi serta pengajaran dan pembelajaran TVET. Turut hadir Pengarah Kemahiran, En. Mohd Sukri bin Ismail, bersama wakil Microsoft, En. Mohammad Faizal bin Ahmad, Account Manager dan Mr Lucas Tan, Senior Digital Specialist.
Melangkah seiring transformasi digital, IKTBN Sepang terus memperkukuh ekosistem TVET melalui pendigitalan, inovasi dan kolaborasi strategik bersama industri bagi melahirkan bakat TVET yang kompeten, digital-ready dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.
#iktbnsepang
#microsoft
#TVET
#PendigitalanTVET
#inovasitvet
