LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR POLITEKNIK BANTING SELANGOR KE IKTBN SEPANG

    Sepang, 10 Ogos 2026 - IKTBN Sepang menerima kunjungan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Politeknik Banting Selangor bersama pensyarah pengiring ke Jabatan Mekanikal Polimer.

    Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan PdP kursus DJF42062 Manufacturing Workshop Practice 3 – Plastic Processing.

    Sepanjang kunjungan, pelajar berpeluang:
    🔹 Mengenali fasiliti dan keupayaan latihan teknikal JML
    🔹 Menyaksikan demonstrasi mesin injection moulding
    🔹 Menjalani sesi hands-on pengendalian mesin
    🔹 Berkongsi ilmu dan kepakaran berkaitan aplikasi pemprosesan plastik dalam industri

    Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran praktikal serta pendedahan industri dalam kalangan pelajar melalui kemudahan TVET IKTBN Sepang.

    Terima kasih Politeknik Banting Selangor atas kunjungan dan kepercayaan kepada IKTBN Sepang!

    #iktbnsepang
    #tvet
    #lawatan
    #JabatanMekanikalPolimer
    #injectionmoulding

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.