MAJLIS APRESIASI 35 TAHUN IKTBN SEPANG

    Cyberjaya - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah melakar satu lagi detik bermakna melalui penganjuran Majlis Apresiasi 35 Tahun, sebagai tanda penghargaan kepada barisan mantan pengurusan dan warga kerja yang telah menyumbang kepada pembangunan institusi sejak penubuhannya.

    Majlis penuh simbolik ini turut meraikan kehadiran dua mantan Pengarah IKTBN Sepang, Ir. Ts. Dr. Azmi bin Ahmad dan Pn. Hjh. Rosnoizam binti Abd Majid, yang telah memainkan peranan penting dalam menerajui kecemerlangan institusi sepanjang tempoh pentadbiran mereka.

    Bertemakan Smart Black, Gold & Brown, majlis disempurnakan dengan pelbagai pengisian utama, antaranya:
    • Gimik Perasmian Majlis Apresiasi 35 Tahun
    • Tayangan Video Mantan Pengarah
    • Rangkuman Aktiviti Tahunan
    • Tayangan Video Pencapaian – Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025
    • Persembahan kebudayaan oleh pelajar Kelab Kebudayaan IKTBN Sepang

    Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen IKTBN Sepang dalam menghargai sumbangan dan legasi kepimpinan terdahulu, di samping memperkukuh aspirasi untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

    #iktbnsepang
    #iktbnsepang35tahun
    #majlisapresiasi

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.