Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir bagi tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang. Majlis yang bertujuan meraikan dan menghargai pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran dan melengkapkan Diploma Kemahiran dalam bidang masing-masing di IKTBN Sepang.
Pelajar semester akhir seramai 38 orang yang terdiri daripada 3 kursus iaitu Diploma Teknologi Permesinan, Diploma Teknologi Perkakasan dan juga Diploma Teknologi Polimer. Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Teknologi Permesinan diterima oleh Saudara Ahmad Fahim Nabil bin Ahmad Rahimi, Diploma Teknologi Perkakasan diterima oleh Saudara Muhamad Amirul Asyikin Bin Abd Hamid manakala Diploma Teknologi Polimer diterima oleh Saudara Mohd Alif Hakimi. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan telah dinobatkan kepada Saudara Muhamad Amirul Asyikin Bin Abd Hamid.
Penyerahan Sijil Tamat Belajar disempurnakan oleh Pn.Hamizatul Azura Binti Hamzah, Pengarah IKTBN Sepang dan turut bersama Pn. Norhayati Binti Niaz Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan juga En. Amirullah Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar. Semoga semua pelajar berjaya dalam karier dan menjadi sebahagian daripada tenaga mahir yang memberi impak positif kepada negara.
