- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 185
MAJLIS IFTAR MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI & PELUNCURAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN
Kuala Lumpur - telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Madani bersama YAB Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memperkukuh peranan belia dan institusi masjid sepanjang bulan Ramadan.
Seramai 42 orang pelajar bersama 3 orang kakitangan dari IKTBN Sepang telah menyertai program ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasakan penglibatan belia dalam aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
✨ Aturcara Majlis:
🔹 Tausiah khas yang menyentuh penghayatan Ramadan dan kepentingan peranan belia dalam pembangunan ummah.
🔹 Penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang masyarakat.
🔹 Gimik peluncuran serta penyerahan sijil kepada rakan strategik sempena Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan.
🔹 Jamuan iftar yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran. Semoga program seperti ini dapat terus mempererat hubungan antara kepimpinan negara, agensi kerajaan dan golongan belia, di samping menyemarakkan semangat Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat.
#IftarMadani
#RakanMuda
#Ramadan2026
#iktbnsepang
#ilkbs
#RakanBeliaYadim
