MAJLIS RINGKAS AMANAT PENGARAH DAN PELEPASAN PESERTA WSMB PERINGKAT AKHIR 2026

    Sepang - “Anda semua adalah yang terbaik” antara bait kata daripada Puan Pengarah, Hamizatul Azura binti Hamzah buat peserta-peserta WSMB Peringkat Akhir 2026 IKTBN Sepang dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Puan Pengarah.

    Kata-kata tersebut menggambarkan betapa hebatnya para peserta kali ini dalam mengetepikan perasaan takut, rasa tidak yakin dan gemuruh dalam menghadapi pertandingan akhir tahun ini. Keberanian sebegini sangat-sangat diperlukan bagi meningkatkan keyakinan dalam diri.

    Puan Pengarah juga turut menyampaikan kata-kata perangsang dan semangat buat semua peserta, beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelaras, jurulatih serta urusetia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyertai pertandingan pada tahun ini. Semoga ada sinar pingat lagi pada tahun ni. Ayuh Sepang ‼️

    #iktbnsepang
    #tvetilkbs
    #worldskills

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.