MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SELAWAT PERDANA SEMPENA 35 TAHUN PENGOPERASIAN IKTBN SEPANG 1447H/2025M

    Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat IKTBN Sepang serta Selawat Perdana sempena 35 tahun IKTBN Sepang 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh keberkatan bermula dengan perarakan dari perpustakaan ke Dewan Sri Nilam.

    Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankusa Surau As Syakirin IKTBN Sepang dengan penyertaan dari wakil pengurusan, semua kakitangan dan pelajar IKTBN Sepang.

    Antara pengisian utama majlis ini ialah pertandingan perarakan dan sepanduk terbaik, bacaan kitab Maulid Ad-Diba’i dan qasidah, selawat perdana, dan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk Rasulullah Idolaku disampaikan oleh Ustaz Naim Sadoon. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah oleh Pengarah IKTBN Sepang, Pn Hamizatul Azura binti Hamzah bagi perarakan terbaik yang dimenangi oleh Jabatan Mekanikal Perkakasan serta Sepanduk Terbaik dimenangi oleh Jabatan Teknologi Elektronik.

    Jawatankuasa Surau As Syakirin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

    Semoga majlis ini menjadi wadah memperkukuh kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW serta mempererat silaturahim masyarakat setempat.

    #iktbnsepang
    #iktbnsepang35tahun
    #maulidurrasul
    #malaysiamadani

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.