- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 20
MEMPERKASA KEMAHIRAN PENGAJAR MENGENAI PENYENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA DOMESTIK
Sepang - Pengajar dari Jabatan Elektrik Kuasa telah menganjurkan Kursus Senggaraan Sistem Penyaman Udara Domestik pada 4 hingga 5 November 2026 bertempat di Jabatan Elektrik Kuasa, IKTBN Sepang.
Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan teori dan latihan praktikal merangkumi pengenalan komponen sistem penyaman udara, penggunaan peralatan tangan, chemical cleaning, troubleshooting, pengesanan kebocoran dan pengecasan gas serta pengujian komponen dan pemeriksaan prestasi operasi.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kecekapan peserta dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan sistem penyaman udara domestik secara sistematik dan selamat.
IKTBN Sepang – Melahirkan Tenaga Mahir, Memacu Kecemerlangan TVET!
#iktbnsepang
#tvetmalaysia
#kemahiranteknikal
#PenyamanUdara
#KBS
