MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK IKTBN SEPANG & HARTALEGA NGC

    Sepang - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Syarikat Hartalega NGC Sdn. Bhd. bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti susulan selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

    Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Salak, IKTBN Sepang ini melibatkan pengurusan IKTBN Sepang bersama wakil Hartalega NGC dalam memperincikan perancangan serta bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan, khususnya dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dan pihak industri.

    Perbincangan turut memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti yang lebih tersusun, berimpak dan berorientasikan keperluan industri, sekali gus membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar IKTBN Sepang untuk mendapatkan pendedahan serta pengalaman industri yang relevan.

    Daripada MoU kepada tindakan — memperkukuh sinergi TVET dan industri demi membina bakat berkemahiran yang menepati kehendak masa hadapan.

    #iktbnsepang
    #kerjasamastrategik
    #TVET
    #tvetmalaysia

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.