MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBN SEPANG BERSAMA PENGARAH IKTBN SEPANG BIL.1/2026

    Sepang, 7 Januari 2026 - IKTBN Sepang berlangsungnya Mesyuarat MPP IKTBN Sepang bersama Pengarah IKTBN Sepang Pn. Hamizatul Azura Binti Hamzah. Seramai 16 org MPP telah terlibat didalam mesyuarat ini.

    Mesyuarat dimulakan dengan amanat Puan Pengarah dan seterusnya perbentangan slide daripada wakil MPP iaitu Saudara Muhammad Aisar Bin Mohamd Soufi yang merupakan NYDP 1 MPP IKTBN Sepang.

    Perbentangan menyentuh berkaitan perancangan perlaksanaan program dan aktiviti pelajar bagi tahun 2026. Selain dari itu juga MPP telah mengutarakan juga perkara-perkara dan isu-isu yang diluahkan oleh pelajar-pelajar IKTBN Sepang bagi dipertimbangkan pihak pengurusan IKTBN Sepang terutamanya yang berkaitan kemudahan asrama, bilik riadah, dewan makan, surau, kemudahan sukan, parking motosikal dan lain-lain lagi.

    Mesyuarat turut dihadiri En. Amirullah Bin Ahmad Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Muhamad Pauzi Bin Paiman Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar dan Pn. Juliah Binti Mohd Desah Ketua Unit Bina Insan.

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.