- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Sepang
- Hits: 57
Pameran Dan Demonstrasi Kemahiran Robot Sempena Hari Kualiti Dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang 2025
IKTBN Sepang yang diwakili oleh pegawai dari Cawangan Hubungan Industri dan Team Robotik Jabatan Elektronik telah dijemput mengadakan pameran dan demonstrasi kemahiran robot sempena Hari Kualiti dan Inovasi yang telah dilaksanakan di Semarak Hall, Cyberjaya.
Program anjuran Majlis Perbandaran Sepang ini bersempena dengan Pertandingan Inovasi Terbuka yang menawarkan pelbagai pingat untuk beberapa kategori.
Pameran dari IKTBN Sepang memperkenalkan hasil produk pelajar, memberi pendedahan kepada pengunjung untuk mencuba mengendalikan robot arm serta mempromosikan bidang kemahiran yang ditawarkan oleh IKTBN Sepang.
Semoga pengunjung lebih mengenali IKTBN Sepang sebagai penyedia latihan TVET yang sentiasa komited dalam melahirkan belia mahir untuk berkhidmat kepada negara.