PAMERAN DAN DEMONSTRASI KEMAHIRAN SEMPENA PROGRAM DREAM DI SMK SUNGAI KAPAR INDAH, KLANG

    IKTBN Sepang yang diwakili oleh pegawai dari Cawangan Hubungan Industri telah dijemput mengadakan pameran dan demonstrasi kemahiran sempena Program DREAM yang telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah. Program yang disertai oleh pelajar dari Tingkatan 3 hingga ke Tingkatan 6 ini memberi ruang kepada pelajar untuk mengenalpasti haluan kerjaya dan pilihan untuk menyambung pelajaran selepas SPM.

    Pameran dari IKTBN Sepang memperkenalkan hasil produk pelajar, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai lukisan kejuruteraan serta mempromosikan bidang kemahiran yang ditawarkan oleh IKTBN Sepang. Semoga pelajar ini dapat lebih mengenali IKTBN Sepang sebagai penyedia latihan TVET yang sentiasa komited dalam melahirkan belia mahir untuk berkhidmat kepada negara.

    #iktbnsepang
    #TvetILKBS
    #ilkbs
    #malaysiamadani

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.