- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 23
PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMBUATAN ALAT TEKAN) SERTAI LAWATAN INDUSTRI KE PROTECH DIEMOLD SDN. BHD.
SHAH ALAM – Seramai 21 orang pelajar Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan Alat Tekan) bersama pengajar telah menyertai lawatan industri ke Protech Diemold Sdn. Bhd. bagi mendapatkan pendedahan secara langsung kepada operasi dan teknologi terkini dalam industri pembuatan acuan dan alat tekan.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai proses pembuatan, penggunaan mesin berteknologi tinggi, kawalan kualiti serta amalan keselamatan di tempat kerja. Mereka turut berpeluang melihat sendiri operasi pengeluaran yang dijalankan di syarikat tersebut.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghubungkan pembelajaran teori dengan aplikasi sebenar industri, sekali gus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan persediaan mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Pihak institusi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Protech Diemold Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#lawatanindustri
