PELAJAR IKTBN SEPANG JADI SEBAHAGIAN DARIPADA SUKARELAWAN KIP ECO RUN 2026

     Kota Warisan - Pelajar IKTBN Sepang telah terlibat sebagai sukarelawan bagi program Kip Eco Run 2026 yang dilaksanakan di Kipmall Kota Warisan. Terdapat 2 kategori larian iaitu 5km dan 10km melibatkan hampir 2 ribu peserta.

    Program ini merupakan program kali ke tiga tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2024 melibatkan penyertaan pelajar IKTBN Sepang sebagai Sukarelawan.

    Program kali ini melibatkan 34 orang pelajar daripada kursus Elektronik Industri dan kursus Alatan Acuan. Sukarelawan bertugas seawal jam 4 pagi bagi membantu persiapan pihak urusetia program seperti menjadi pemandu arah larian, mengedarkan air minuman pelari, edaran goodes larian, pemberian medal dan juga membantu di garisan permulaan dan penamat.

    Program seperti ini dapat memberi pengalaman berguna selain memberi ilmu dalam pengurusan acara kepada semua pelajar. Tetamu jemputan bagi program ini adalah pengurusan tertinggi Kipmall Malaysia dan juga Kota Warisan.

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.