- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 288
PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 tahun 2025 telah dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IKTBN Sepang terhadap keperluan standard, serta memastikan keberkesanan pengurusan perkhidmatan latihan kemahiran teknikal pada peringkat diploma.
Audit berlangsung mulai 18 hingga 28 November 2025, melibatkan empat kumpulan juruaudit. Audit dilaksanakan dengan merangkumi aspek operasi sokongan dan proses utama seperti:
• Pembangunan Kakitangan
• Penyelenggaraan
• Perolehan
• Pengurusan Aduan Pelanggan
• Kajian Kepuasan Pelanggan Pelaksanaan Audit dijalankan oleh empat kumpulan juruaudit melibatkan pengesahan dokumen, rekod, prosedur, serta temubual pegawai bertanggungjawab.
Proses audit disusun mengikut fasa berikut:
1. Mesyuarat Pembukaan
2. Pengauditan
3. Serahan Penemuan
4. Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman 2025 dilaporkan berjalan lancar dan mencapai objektif.
Komitmen auditee, juruaudit dan pengurusan telah memastikan sesi audit selesai mengikut jadual dengan kerjasama yang baik. Fokus seterusnya ialah memperkemas tindakan pembetulan bagi NCR dan OFI dalam tempoh ditetapkan dan menggunakan dapatan audit sebagai asas penambahbaikan berterusan.
Audit Dalaman 2025 menjadi refleksi penting terhadap keberkesanan pelaksanaan SPK di IKTBN Sepang. Dengan kerjasama semua pihak, penemuan audit akan terus digerakkan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan, penyelarasan operasi dan pematuhan standard ISO secara konsisten.
#iktbnsepang
#iktbnsepang35tahun
#pengurusankualiti
#msiso90012015
