PENYERTAAN PELAJAR IKTBN SEPANG DALAM PROGRAM DRON HERO CYBERJAYA 3.0

    CYBERJAYA – Seramai 20 orang pelajar bersama 2 orang pengajar pengiring dari Jabatan Teknologi Elektronik (JTE), IKTBN Sepang telah menyertai Program Dron Hero Cyberjaya 3.0 yang berlangsung di Rekascape, Cyberjaya.

    Program yang dianjurkan oleh Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) dengan kerjasama Futurise Sdn. Bhd. ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan dron, di samping menggalakkan penglibatan generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

    Melalui penyertaan ini, para pelajar berpeluang menimba pengalaman secara langsung berkaitan teknologi dron, meningkatkan kemahiran teknikal serta memahami potensi kerjaya dalam industri teknologi yang semakin berkembang. Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan modal insan TVET yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri masa kini.

    #iktbnsepang
    #drone
    #tvetilkbs
    #ilkbs

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.