PENYERTAAN WARGA IKTBN SEPANG DALAM 3rd MALAYSIA-CHINA INTERNATIONAL INDUSTRY-EDUCATION COOPERATION FORUM AND 5th MALAYSIA-CHINA VOCATIONAL EDUCATION FAIR 2026

    Putrajaya – Seramai empat (4) orang pengajar dan empat (4) orang pelajar yang merupakan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Sepang telah menyertai 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum and 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 yang berlangsung sempena sambutan Hari TVET Negara 2026.

    Program berprestij ini menghimpunkan pakar industri, akademia dan pemimpin TVET dari Malaysia, China serta Pakistan bagi membincangkan pembangunan bakat, kerjasama industri-pendidikan dan masa depan pendidikan teknikal serta vokasional.

    Forum ini menampilkan tiga sesi utama iaitu From Training Centres to Talent Ecosystems: Building Integrated Education Cities for the Future, Closing the Talent Gap: Aligning Skills Development with Industry Demand dan Beyond Borders: Talent Mobility, Technology Transfer and Career Pathways. Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada pembangunan ekosistem bakat, penyelarasan latihan kemahiran dengan keperluan industri serta peluang mobiliti bakat dan pemindahan teknologi di peringkat antarabangsa.

    Selain forum, pameran pendidikan vokasional yang disertai lebih 30 institusi TVET dari China turut membuka peluang kepada peserta untuk meneroka potensi kerjasama, laluan pengajian lanjutan dan pembangunan kemahiran global. Penyertaan warga IKTBN Sepang dalam program ini diharap dapat memperkukuhkan jaringan antarabangsa serta meningkatkan pengetahuan berkaitan perkembangan TVET global selaras dengan aspirasi menjadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya.

    #iktbnsepang
    #tvetilkbsmalaysia

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.