PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION 2026

    TAIPING – Pasukan robotik IKTBN Sepang mempamerkan prestasi membanggakan dalam kejohanan Perak International Robot Competition 2026 bagi kategori Robot Sumo 500g (Auto Magnet) yang berlangsung di ADTEC Kampus JTM Taiping pada 25 hingga 26 April 2026.

    Dalam saingan sengit melibatkan 224 buah kumpulan, pasukan Sepang Robotech berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila menduduki tangga ke-17 keseluruhan dan mara sehingga ke peringkat Suku Akhir (Quarter-Final). Sementara itu, sebuah lagi wakil institusi iaitu kumpulan Sepang Mecha Force turut memberikan saingan kompetitif dalam kategori yang sama walaupun perjalanan mereka terhenti di pusingan awal.

    Pencapaian Sepang Robotech berada di kelompok 20 terbaik daripada ratusan peserta membuktikan kualiti dan kemahiran tinggi pelajar IKTBN Sepang dalam menguasai teknologi robotik auto magnet. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas semangat juang dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

    Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga institusi. Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin semangat untuk pasukan IKTBN Sepang terus bangkit dan melakar kejayaan lebih gemilang di masa hadapan!

    Syabas, IKTBN Sepang!

    #iktbnsepang
    #tvetilkbs
    #robot

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.