Sepang - Bertemakan “Bulan Kemerdekaan – Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Perhimpunan Bulanan IKTBN Sepang berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian yang menyemarakkan semangat patriotisme dan kebersamaan warga institusi.
Antara pengisian utama ialah nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor, Ikrar Bebas Rasuah, taklimat pentadbiran, amanat Pengarah serta tayangan video pencapaian IKTBN Sepang bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026. Majlis turut diserikan dengan persembahan koir dan penyampaian.
Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang cemerlang. Semoga semangat Malaysia MADANI, kerja berpasukan dan kecemerlangan terus menjadi pemangkin kepada seluruh warga IKTBN Sepang.
#iktbnsepang
#perhimpunanbulanan
#BulanKemerdekaan
#malaysiamadani
