- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 14
PERKONGSIAN KEPAKARAN PENGAJAR IKTBN SEPANG KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEPANG
Sepang - Pengajar IKTBN Sepang telah berkongsi ilmu dan kemahiran melalui tiga kursus jangka pendek iaitu Introduction to Fundamental AI, Introduction to CANVA dan Introduction to COBOT kepada pelajar sekolah menengah daerah Sepang.
Kursus jangka pendek ini merupakan salah satu komponen aktiviti dalam Program Eksplorasi Diri yang dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor.
Pendedahan awal ini memberi peluang kepada pelajar mengenali teknologi masa hadapan serta meningkatkan minat terhadap bidang TVET yang semakin mendapat perhatian industri.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#kursusjangkapendek
