Bukit Mertajam – Pasukan Robot IKTBN Sepang menyertai Bengkel Pembangunan Soccer Robot pada 4–5 Mei 2026 di IKTBN Bukit Mertajam sebagai persiapan menghadapi Youth Robot Challenge 2026 pada Julai ini.
Bengkel ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi rekabentuk robot, asas pembinaan hardware, sistem kawalan serta penyelenggaraan robot. Dalam masa sama, ia menjadi platform pertukaran idea dan pengalaman bersama institusi lain, sekali gus mengukuhkan jaringan kolaborasi dalam bidang robotik. Sepang Robot bersedia mencabar pentas, membawa semangat inovasi dan kemahiran ke tahap lebih tinggi!
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#robotchallenge
