- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 65
PIALA YANG DIPERTUA MPS 2026 MILIK IKTBN SEPANG ‼️MAGNETIC OIL SORBENT UNGGUL SEBAGAI JOHAN
IKTBN Sepang terus mengorak langkah sebagai institusi TVET yang aktif menghasilkan inovasi berimpak!
Pasukan inovasi IKTBN Sepang menerusi Projek Magnetic Oil Sorbent telah dinobatkan sebagai:
JOHAN PERTANDINGAN INOVASI TERBUKA
🏆 Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang 2026
📌 Kategori Agensi Kerajaan / Swasta / IPTA & IPTS
Kejayaan ini diraih menerusi Pertandingan Inovasi Terbuka bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang 2026 yang menghimpunkan tiga kategori pertandingan, iaitu Sekolah, PBT & Unit Dalaman MPS serta Agensi Kerajaan/Swasta/IPTA & IPTS.
Lebih membanggakan, IKTBN Sepang turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekacipta Barang Kitar Semula dengan menghantar dua projek untuk dipertandingkan, sekali gus memperlihatkan komitmen warga institut dalam memperkasakan budaya inovasi, kreativiti dan kelestarian.
📍 Semarak Hall, Cyberjaya
📅 26 Ogos 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan inovasi IKTBN Sepang atas kejayaan membanggakan ini! Terus mencipta, terus berinovasi, terus mengharumkan nama IKTBN Sepang di pentas inovasi!
#iktbnsepang
#ilkbs
#kbs
#inovasi
