PROGRAM BACAAN DOA AKHIR TAHUN 1447H & DOA AWAL TAHUN 1448H SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H

    Sepang – Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, Surau As-Syakirin, IKTBN Sepang telah menganjurkan Program Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H dan Doa Awal Tahun 1448H pada hari Selasa, yang melibatkan penyertaan semua pelajar IKTBN Sepang.

    Program yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azlan bin Mesran ini bertujuan menyemarakkan sambutan Maal Hijrah serta menghayati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW sebagai pemangkin kepada pembentukan sahsiah dan peningkatan amalan dalam kalangan warga pelajar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1447H sebelum berkumandangnya azan Maghrib. Seterusnya, para pelajar bersama-sama membaca doa awal tahun 1448H dan menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah. Program diteruskan dengan bacaan Surah Yasin sebelum disusuli dengan azan Isyak dan solat fardu Isyak secara berjemaah sebagai penutup majlis.

    Penganjuran program ini diharapkan dapat menyuburkan semangat hijrah dalam diri setiap pelajar serta memperkukuhkan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, sejajar dengan usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

    #ILKBS
    #IKTBNSepang
    #MalaysiaMadani

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.